Fungsi Garam Dalam Kehidupan








DR AZHAR ALI 
Terapi.BIO.Hunza 
MEI 2013 





FUNGSI GARAM DALAM KEHIDUPAN





Kepentingan garam dalam kehidupan tidak boleh disangkal lagi. Mari kita mengembalikan PERANAN ASAL garam dalam kehidupan kita. Dalam segala bidang kehidupan kita memerlukan garam yang bukan hanya sekadar penyedap masakan. Jika kita keracunan makanan maka air garam sebagai penawarnya, jika demam panas atau jika hampir mahu bersalin sehingga menyebabkan dehidrasi, air garam juga menjadi penawarnya dan mungkin anda masih ingat bagaimana warga China berlumba-lumba mencari garam apabila berlaku kebocoran reaktor nuclear di Fukushima Jepun.



Badan kita memerlukan 0.007 auns garam sehari . Sebahagian daripada kita mengalami kekurangan garam, walaupun tubuh kita telah penuh dengan sodium klorida. Apabila penggunaan garam kita kurang dari 0.007 auns sehari , berlaku ketagihan garam. Mengikut purata perkapita penggunaan garam harian di Amerika Syarikat  adalah antara 0.4 hingga 0.7 auns. Walau bagaimanapun , badan kita hanya mampu mengumuhkan 0.17 auns hingga 0.25 auns sehari menerusi buah pinggang bergantung kepada umur , resam badan dan jantina.   

Badan mengenalpasti garam biasa sebagai racun bersel dan bukan bahan semulajadi dan mahu memusnahkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk berkumuh. Dalam hampir semua produk pengawetan, garam digunakan sebagai salah satu proses mengawet. Jadi dengan menambah garam pada bahan yang sedia awet, badan menerima lebih garam dari jumlah yang sepatutnya dikumuhkan.

Garam mempunyai banyak fungsi selain daripada mengaturcara kandungan air tubuh. Disini dibentangkan fungsi tambahan garam yang sangat penting kepada tubuh:


* Garam adalah penangkis ‘histamine’ yang handal. Ia boleh digunakan untuk meredakan ‘asthma’ dengan meletakkannya sedikit di atas lidah setelah minum satu atau dua gelas air. Ia sama berkesan dengan ubat penyedut, tetapi tanpa keracunan. Anda perlu minum dahulu satu atau dua gelas air sebelum meletakkan garam di atas lidah. 

* Garam adalah unsur hebat untuk “menentang tekanan”.

* Garam amat penting untuk melupuskan keasidan di dalam sel, khususnya sel otak. Jika anda tidak mahu menghidap penyakit ‘Alzheimer’, jangan berpantang dengan garam, dan jangan biarkan mereka bebankan anda dengan ubat penggalak kencing berlanjutan buat selama-lamanya.

* Garam amat penting bagi ginjal untuk mengenyahkan asid berlebihan ke dalam air kencing. Tanpa garam yang mencukupi, tubuh akan menjadi bertambah asid.


* Garam amat penting bagi merawat ganguan emosi dan gejala kemaruk. Lithium adalah pengganti garam yang digunakan dalam rawatan kemurungan atau kesugulan. Untuk mencegah daripada kemurungan, pastikan anda mengambil sedikit garam.


Apabila air dan garam menjalankan tugas lazimnya menentang pengoksidan dan mengenyahkan sisa toksin daripada tubuh, asid amino.

* Garam amat penting untuk memelihara paras serotonin dan melatonin di dalam otak.  penting seperti tryptophan dan tyrosine, tidak akan dikorbankan sebagai penentang pengoksidan. Di dalam tubuh yang sempurna airnya, tryptophan dapat dikecualikan, justeru memasuki tisu otak di mana ia digunakan untuk membina serotonin, melatonin dan tryptamine – saraf neuron penting untuk menentang kemurungan.


* Garam, amat penting untuk mencegah dan merawat barah. Sel barah akan dibunuh oleh oksigen; mereka adalah “organisma” anaerobik. Mereka hanya boleh hidup dalam persekitaran yang kurang beroksigen. Apabila tubuh diairkan dengan sempurna dan garam mengembangkan peredaran darah untuk sampai di seluruh pelusuk tubuh, oksigen dan kegiatan sel kebal yang “terangsang” yang terdapat dalam darah akan sampai kepada sel barah dan musnahkannya. Apabila tubuh mengalami keadaan kemarau iaitu kekurangan air dan garam, gejala ini akan menekan kegiatan sel penangkis penyakit dan sistem kekebalan tubuh.

* Garam amat penting bagi mengekalkan kekuatan dan keteguhan otot. Kelemahan mengawal pundi kencing di kalangan mereka yang mengidap masalah kebocoran air kencing yang tidak direlakan mungkin disebabkan oleh kurang pengambilan garam.


* Garam amat berkesan untuk mengukuhkan dengupan jantung yang celaru, bertentangan dengan pandangan kolot setengah pihak yang mengatakan garam menyebabkan tekanan darah tinggi, ia sebenarnya amat penting untuk peraturan tekanan darah – bersama-sama dengan air. Sudah tentu, nisbahnya amat kritikal. Makanan yang rendah kandungan garamnya serta minuman air yang lebih, pada setengah orang sebenarnya akan mengakibatkan tekanan darahnya yang meningkat.
Kerumitan lain boleh menyebabkan kesesakan nafas – seperti asthma. Logiknya mudah untuk difahami. Apabila anda minum tetapi tidak mengambil garam, air tidak akan kekal dalam peredaran dengan sepatutnya untuk memenuhi semua pembuluh atau terusan. Kepada setengah orang ini boleh menyebabkan pitam dan pada setengah orang lain pula ia akan mengetatkan pembuluh – akhirnya akan menjerut bronkus di dalam peparu – sehingga meningkatkan tekanan darah dan ditambah dengan kerumitan sesak nafas. Satu atau dua gelas air dan sedikit garam – sedikit diletak di atas lidah – dengan segera akan menurunkan kadar kederasan dan “dengupan“ jantung dan dalam jangka masa panjang akan menurunkan tekanan darah dan pulihkan sesak nafas.
 
* Garam amat penting untuk peraturan tidur. Ia adalah penghayal asli. Apabila anda telah minum segelas penuh air, kemudian letak sedikit garam di atas lidah dan biarkannya demikian, anda akan tidur dengan nyenyak secara semulajadi. Jangan letak garam di atas lidah jika anda tidak minum air. Penggunaan garam sahaja berulang kali akan menyebabkan hidung berdarah.

* Garam adalah bahan amat penting dalam merawat diabetes. Ia akan membantu mengimbangi paras gula di dalam darah dan mengurangkan pergantungan kepada insulin khususnya kepada mereka yang terpaksa menyuntik kimia tersebut untuk mengimbangkan paras gula di dalam darah mereka. Air dan garam akan menurunkan kadar kecederaan sampingan yang dikaitkan dengan diabetes.

 * Garam amat penting dalam kerja menjana tenaga hidroelekterik di dalam semua sel di seluruh tubuh. Ia digunakan untuk penjanaan kuasa setempat di tapak tenaga ATP yang diperlukan oleh sel.
 
* Garam amat penting bagi pemerosessan maklumat dan komunikasi oleh saraf neuron untuk menghantar isyarat setiap masa ketika otak berfungsi sejak awal lagi, dari peringkat janin hinggalah ke peringkat kematian.

* Garam amat penting bagi peresapan unsur makanan melalui saluran usus.

* Garam amat penting bagi pembersihan peparu daripada penyumbat mukosa dan lendir kahak, terutama bagi pengidap ‘asthma’, ‘emphysema’ dan ‘cystic fibrosis’.

* Garam di atas lidah akan hentikan batuk kering yang berlarutan.

* Garam amat penting untuk melupuskan ‘catarrh’ ( selaput mata) dan hidung tersumbat dan resdung.
* Garam amat penting untuk mencegah ‘gout’ dan sakit sendi.
* Garam amat diperlukan untuk mencegah kekejangan otot.

* Garam akan mencegah air liur meleleh berlebihan sehingga boleh mengalir keluar sewaktu tidur. Jika air liur sering meleleh, ia menandakan tubuh kekurangan garam.

* Osteoporosis (rapuh tulang), secara kasar, adalah akibat kekurangan air dan garam di dalam tubuh.

* Garam amat penting untuk mengukuhkan struktur tulang.

* Garam amat penting bagi mengekalkan keyakinan diri dan imej positif – “keterampilan peribadi” yang dikawal oleh serotonin dan melatonin.

* Garam amat penting untuk mengekalkan keupayaan perhubungan kelamin dan pergerakan tubuh.

* Garam amat penting untuk menghapuskan dagu berlapis. Apabila tubuh kekurangan garam, bermakna tubuh benar-benar kekurangan air.
Kelenjar air liur telah mengesan kekurangan garam dan terpaksa hasilkan lebih banyak air liur untuk melincirkan kerja mengunyah dan menelan serta membekal perut dengan air yang diperlukan untuk penghadaman makanan. Peredaran ke kelenjar air liur ditingkatkan dan pembuluh menjadi “bocor” supaya kelenjar air liur boleh dibekalkan dengan air
tambahan untuk membuat air liur. “Kebocoran” ini telah melimpahkan bekalan air jauh melampui kawasan kelenjar tersebut, mengakibatkan terbentuk takungan di bawah kulit dagu, pipi dan hingga ke leher.


* Garam amat penting bagi mencegah ‘varicose veins’ (urat mengkarung) atau urat labah-labah di kaki dan di peha.


* Garam asal mengandungi lebih kurang 80 unsur galian yang diperlukan oleh tubuh. Sebahagian dari unsur ini diperlukan dalam kadar sangat kecil. Garam asal yang tidak ditapis adalah lebih baik berbanding dengan garam biasa yang terdapat di pasaran. Garam biasa yang terdapat di pasaraya telah diraut buang unsur sampingannya tetapi ditambah pula dengan ‘aluminum silicate’ untuk memberi garam bentuk pasir halus dan berongga. Aluminum adalah unsur toksin bagi sistem saraf kita. Ia dikaitkan dengan punca penyakit Alzheimer.


* Garam memang amat baik bagi tubuh untuk menangani asthma, tetapi potassium yang berlebihan boleh memudaratkannya.


* Terlalu banyak memakan buah oren, atau pisang atau sebarang “minuman sukan” yang mengandungi terlampau banyak potassium boleh mencetuskan serangan asthma, terutamanya apabila diambil sebelum senaman. Untuk mencegah serangan sedemikian, mengambil sedikit garam sebelum melakukan senaman akan meningkatkan keupayaan peparu untuk penukaran udara Ia juga akan kurangkan pengeluaran peluh.


*Wajar dijadikan satu amalan baik untuk menambahkan sedikit garam ke dalam jus oren bagi mengimbangi aktiviti sodium dan potasium supaya tubuh dapat mengekalkan paras air yang sewajarnya di dalam dan di luar sel.

 
*Perbuatan terhadap minuman jus buah-buahan lain yang sama perlu dilakukan Sebagai panduan kasar, anda memerlukan 3 gram garam – setengah sudu kecil – bagi setiap 8 gelas air. Anda perlu ambil garam sepanjang hari. Jika anda bersenam dan berpeluh, anda perlu lebih banyak garam. Dalam cuaca panas anda perlu lebih banyak garam.


* Dengan mengambil sejumlah kecil garam dengan segelas air akan mempastikan kandungan galian dikembalikan pada tubuh kita : sel sel tersebut akan berfungsi semula diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat. Daripada 84 elemen-elemen galian yang terdapat di dalam tubuh badan manusia , 72 dipercayai bahan paling penting diet yang sihat dan garam sunnah mengandungi 72 elemen galian tersebut. Semua galian-galian ini adalah kristal matrik yang sempurna dan bersifat bentuk yang terakhir (caj elektrik ) .





DR AZHAR ALI 
Terapi.BIO.Hunza 
MEI 2013